https://youtu.be/TvFBA27NWQ4

Monday, October 14, 2019

minggu 6

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
DISEDIAKAN OLEH ; NUR ATIQAH BINTI ZULKARNA'EN
    30DIB19F1023


KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA
ETNIK UTAMA PENDUDUK MALAYSIA TERDIRI DARIPADA ETNIK MELAYU,CINA,INDIA.ETNIK MELAYU MERUPAKAN PENDUDUK ASAL DAN MENJADI KUMPULAN TERBESAR DI MALAYSIA. ETNIK CINA DAN INDIA MASING MASING BERASAL DARIPADA CINA DAN INDIA.

ETNIK MELAYU - Berasal daripada berbagai bagai keturunan, iaitu melayu proto,melayu deutero,dan melayu moden yang datang dari timur tengah.

ETNIK CINA - Merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik melayu da bumiputera.mereka yang berhijrah ke semenanjung tanah melayu pada abad ke 19 merupakan usahawan cina atas tujuan ingin bekerja sebagai pelombong.namun keadaan berubah selepas mereka diberi konsesi untuk mengusahakan lombong lombong biji timah.

ETNIK INDIA - etnik ini masuk ke Malaysia sebagai buruh tahanan dari Bengkulu,Indonesia dan sebagai buruh ladang.Mereka digunakan untuk membina bangunan,jalan raya dan jambatan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.

- Sejarah awal penduduk tanah melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal negara ini, iaitu orang asli yang juga dikenali sebagai orang melayu proto memiliki ciri ciri yang tidak jauh dengan orang melayu moden.kehadirsn kaum kaum lain sepeti etnik cina dan india pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat tanah melayu.



PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRITI NASIONAL
selepas kemerdekaan negara menghadapi pelbagai masalah perpaduan dan integrasi antara kaum antaranya ;
  •  pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain.
  • perbazaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah perkauman.
  • sistem pemerintahan penjajah juga merupakan punca kepada masalah perpaduan
Langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini
  • penyeragaman sistem pendidikan
  • integrasi ekonomi
  • penyatuan fahaman politik
dasar ekonomi baru, dasar kebudayaan kebangsaan dan rukun negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRITI NASIONAL

  • Perkongsian kuasa politik di Malaysia
  • Kerajaan demokrasi
  • Pertumbuhan ekonomi yang baik
  • Tolak ansur budaya 
TAHAP INTEGRASI

a] segregasi
b] akomodasi
c] akulturasi
d] asimilasi
e] amalgamasi


RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

OBJEKTIF RUKUN NEGARA
  • MEWUJUDKAN PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM MASYARAKAT
  • MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK
  • MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL
  • MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL
  • MEMBINA SEBUAH MAYSARAKAT YANG PROGRESIF


KESIMPULAN

Setiap kaum di malaysia mempunyai identiti yang tersendiri,dengan adanya dasar dasar kerajaan dan rukun negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai.Proses perpaduan di Malaysia memerlukan kesedaran dan kerjasama smue pihak secara sedar atau tidak sedar untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.






















Sunday, October 13, 2019

MINGGU 12 : Jenis-Jenis Sekolah dan Fungsinya


Sekolah Wawasan .

    Penubuhan sekolah wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum . Akan tetapi , kebanyakkan orang cina dan india membantah sekolah wawasan kerana mereka percaya bahawa sekolah wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda mereka.





Sekolah Kluster .

  Sekolah Kluster adalah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain diluar klusternya.





Sekolah Primer.
     Sekolah Primer adalah ssekolah dalam kelompok sekolah kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum. Sekolah primer juga menghaslkan ramai pemimpin , ahli koperat, profesional dan ahli sukan.






Sekolah Agama Islam.
     Sekolah Agama adalah sekolah pondok ,madrasah dan sekolah agama islam yang terawal wujud di Malaysia. Kewujudan sekolah ini adalah untuk membantu dalam membina sahsiah pelajar melalui penerapan pendidikan keagamaan dan membina perabadan.

1. SMKA



2. SABK



Sekolah Mubaligh
      Sekolah mugbaligh ini adalah sekolah yang terawal menyediakan pendidikan yang terbaik di Malaysia. Antara sekolah  mubaligh adalah sekolah kebangsaan la salle, sekolah menengah kebangsaan methodist dan sekolah convent



Sekolah Bestari
      Sekolah ini merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan daya pembelajaran yang berlainan .





Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik
        Sekolah ini memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara



Sekolah Conforming
     Nama lain bagi sekolah conforming adalah smjk iaitu sekolah menengah jenis kebangsaan. sekolah ini diklafikasikan  sebagai sekolah bantuan kerajaan





Sekolah Berprestsi Tinggi
        Sekolah ini mempunyai watak, etos , identiti tersendiri dan unik dalam semua aspek pendidikan




Maktab Rendah Sains Mara
      Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat sebagai satu usaha untuk mencapai  matlamat MARA.




Sekolah Berasrama Penuh Intergerasi
        Sekolah ini adalah betujuan memberi peluang kepada pelajar menengah atas unutk memilih aliran pengajian yang diminati sama ada sains tulen, teknikal atau agama di dalam satu sekolah. manakala pelajar menengah rendah dikhendaki mengambil semua mata pelajaran teras termasuk Bahasa Arab Komunikasi. Para pelajar juga dikhendaki memilih mata pelajaran bahasa asing seperti Bahasa Mandrin, Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis.





Sekolah Seni
     Sebuah institusi pendididkan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid  untuk menceburi bidang kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif




Sekolah Sukan
     Sekolah ini bertujuan untuk mengumpul semua atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang suka dan akademik mereka dapat dipupuk serta ditingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi dan guru akademik yang  dipilih



Sekolah Amanah .
   Sekolah ' separa korporat . akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secra langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sama ada menengah atau rendah dibawah inisiatif sekolah amanah .




Sekolah Pendidikan Khas .
    Sekolah pendidikan khas ditubuhkan untuk murid yang bermasalah pendengaran dan penglihatan . Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembekajaran secara pengasingan dan separa inklusif .




Sekolah Transformasi.
   Program sekolah transformsi ini meupakan replika sekolah amanah yang dijalankan oleh syarikat yayasan amanah . Salah satu objektif sekolah transformasi ialah mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik sekolah amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah .



DISEDIAKAN OLEH : ADRIANA AFIQAH BINTI HUZAILIZAN 
                                       30DIB19F1026

Friday, October 11, 2019

MINGGU 12

  Pada minggu ke 12 , Nur AliaMaisara , Nur Farissha dan Nurul Hana membentangkan tentang tajuk Negeri-Negeri Berkecuali yang dikenali sebagai NAM .








  





   Di samping itu juga , Miss Hana konsep pencemaran dan pemuiharaan alam sekitar .





DISEDIAKAN OLEH : ADRIANA AFIQAH BINTI HUZAILIZAN 
30DIB19F1026


MINGGU 11

Pada minggu ke 11, empat kumpulan telah membentangkan tentang tajuk yang telah diberikan oleh Miss Hana. Antaranya adalah  Peranan Asean, OIC, PBB dan Komenwel. 

































DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAHIRAH BINTI SELAMAT
                                        (30DIB19F1015)

Monday, September 30, 2019

MINGGU 10






ASSALAMUALAIKUM  ,PADA MINGGU INI TERDAPAT  3 KUMPULAN YANG MEMBUAT PEMBENTANGAN TENTANG DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI 3 SUBTOPIK IAITU DASAR KEBUDAYAAN KEBAGSAAN,DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA , DAN PELAN INTEGRITI NASIONAL.


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
PRINSIP
  • BERTERASKAN KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU INI YANG MERUPAKAN PEMANCARAN DAN PENGEMBANGAN WARISAN KEBUDAYAAN MELAYU
  • UNSUR UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SANGAT SESUAI DAN WAJAR
  • ISLAM MENJADI UNSUR PENTING DALAM PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF
  1. MENGUKUHKAN PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA MELALUI KEBUDAYAAN 
  2. MEMUPUK DAN MEMELIAHARA KEPERIBADIAN KEBANGSAAN YANG TUMBUH DARIPADA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 
  3. MEMPERKAYA DAN MEMPERTINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN KEMANUSIAAN DAN KEROHANIAN YANG SEIMBANG DENGAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR 
  • MEMULIH,MEMELIHARA DAN MEMBANGUNKAN KEBUDAYAAN KE ARAH MENGUATKAN ASAS ASAS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 
  • MENINGKATKAN DAN MENHGUKUHKAN KEPIMPINAN BUDAYA
  • MEWUJUDKAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN KE ARAH KESEDARAN KEBANGSAAN,KENEGARAAN DAN NASIONALISME MALAYSIA
  • MEMBINA SOSIOBUDAYA TEMPATAN DI SELURUH NEGARA
  • MENINGKATKAN TARAF DAN MUTU KESENIAN
DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

STRATEGI YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI DASAR INI 
  1. PEMBANGUNAN ILMU - USAHA DIPERTINGKATKAN KE ARAH MEMPERKEMBSNGKAN ILMU PENGETAHUAN
  2. PEMBENTUKAN SIKAP-USAHA KE ARAH PENERAPAN NILAI NILAI MURNI DAN PEMBENTUKAN SIKAP YANG POSITIF
  3. PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN-MEMPERSIAPKAN BELIA DENGAN TEKNOLOGI TERKINI
  4. PEMUPUKAN GAYA HIDUP SIHAT- DIGALAKKAN MENYERTAI PERSATUAN ATAU AKTIVITI SUKARELA YANG DAPAT MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT.
  5. KEMUDAHAN INTERAKSI SOSIAL-MEMPERTINGKATKAN KEMUDAHAN YANG SESUAI BAGI MENGALAKKAN AKTIVITI DAN INTERAKSI SOSIAL YANG SIHAT.
  6. PERKONGSIAN DALAM PEMBANGUNAN-MEMANFAATKAN PERKONGSIAN DAN KERJASAMA ANTARA AGENSI KERAJAAN,SWASTA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN.
  7. JARINGAN HUBUNGAN ANTARABANGSA- MENGALAKKAN GENERASI BELIA MENINGKATKAN JARINGAN DAN INTERAKSI DENGAN MASYARAKAT ANTARABANGSA.
PELAN INTEGRITI NASIONAL

-PELAN INTEGRITI DILANCARKAN UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN, KOMITMEN DAN KERJASAMA DARIPADA PELBAGAI SEKTOR NEGARA DAN LAPISAN MASYARAKAT.

FAKTOR FAKTOR KEMEROSOTAN INTEGRITI
  • INDIVIDU
  • BUDAYA
  • KEPIMPINAN
  • SISTEM DAN PROSEDUR
  • STRUKTUR DAN INSTITUSI



NUR ATIQAH BINTI ZULKARNA'EN 30DIB19F1023







































MINGGU 9

Assalamualaikum ,marilah memulakan hari anda dengan senyuman.So,pada minggu ini saya telah ditugaskan untuk membuat blog.Alhamdullilah masa miss hana terangkan dan mengajar saya boleh ikut.Pada minggu yang ke-9 ni,tajuk yang saya belajar ialah bab 4 iaitu pembangunan negara.Dalam topik ini ada  beberapa sub topik (saya tak pasti berapa sub topik yang ada).

Pada awal pembelajaran miss hana telah menerangkan "APA ITU PEMBANGUNAN NEGARA"


Rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup dengan pendekatan pembangunan negara yang terancang sejak kemerdekaan dicapai.Matlamat utama pembangunan negara adalah supaya semua rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan negara.

Pada haritu,miss hana telah mengajar dan menerangkan Rancangan dan visi Pembangunan.Dari topik ini ,kitaorang telah mempelajari subtopik di atas iaitu Rancangan Pembangunan Ekonomi dan juga mempelajariRangka Rancangan Jangka Pangjang (RRJP) dan Rangka Malaysia(RM).











Ha!!!Sapa kata masa pengajian malaysia kitaorang tak fokus.Kitaorang kat belakang khusyuk dengar miss hana ajar
RANCANGAN PEMBAGUNAN EKONOMI.









DISEDIAKAN OLEH:RABI'ATUL AUNI BINTI HARRIS FADZILAH
NO MATRIK:30DIB19F1001

Saturday, September 21, 2019

MINGGU 8

MINGGU 8   

  Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam dalam hubungan antara kaum negara . Percubaan memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 , telah melahirkan bibit perkauman sehingga terbawa-bawa dalam pilihan raya 1969 . Perjalanan kempen dipenuhi isu-isu perkauman dan isu sensitif seperti bahasa , agama dan kedudukan istimewa orang Melayu . Selain itu , ketidakseimbangan ekonomi juga antara penyebab peristiwa 13 Mei . Orang Melayu merasa bimbang dan tidak selamat terhadap jurang perbezaan antara mereka dan bukan melayu terutama dalam pendidikan dan ekonomi .
















Antara iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa 13 Mei ini :

  - Rusuhan ini tidak menghasilkan sebarang keuntungan kepada kaum kaum terlibat . Malah tragedi ini melibatkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda .


  - Perintah berkurung diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong akan menyekat kebebasan dan pergerakan setiap orang dan menyusahkan hidup masyarakat .


  - Mempertahankan Demokrasi , semangat cintankan negara , perpaduan kunci kesejahteraan .





     Kesimpulannya , perpaduan dan intergasi nasional adalah satu usaha dan proses penyempurnaan dengan menggunakan kaedah tertentu bagi mewujudkan sebuah masyarakat beridentiti nasional .




DISEDIAKAN OLEH : ADRIANA AFIQAH BINTI HUZAILIZAN 
                                     30DIB19F1026