Sekolah Wawasan .
Penubuhan sekolah wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum . Akan tetapi , kebanyakkan orang cina dan india membantah sekolah wawasan kerana mereka percaya bahawa sekolah wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda mereka.

Sekolah Kluster .
Sekolah Kluster adalah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain diluar klusternya.
Sekolah Primer.
Sekolah Primer adalah ssekolah dalam kelompok sekolah kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum. Sekolah primer juga menghaslkan ramai pemimpin , ahli koperat, profesional dan ahli sukan.

Sekolah Agama Islam.
Sekolah Agama adalah sekolah pondok ,madrasah dan sekolah agama islam yang terawal wujud di Malaysia. Kewujudan sekolah ini adalah untuk membantu dalam membina sahsiah pelajar melalui penerapan pendidikan keagamaan dan membina perabadan.
1. SMKA

2. SABK
Sekolah Mubaligh
Sekolah mugbaligh ini adalah sekolah yang terawal menyediakan pendidikan yang terbaik di Malaysia. Antara sekolah mubaligh adalah sekolah kebangsaan la salle, sekolah menengah kebangsaan methodist dan sekolah convent
Sekolah Bestari
Sekolah ini merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan daya pembelajaran yang berlainan .

Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik
Sekolah ini memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara

Sekolah Conforming
Nama lain bagi sekolah conforming adalah smjk iaitu sekolah menengah jenis kebangsaan. sekolah ini diklafikasikan sebagai sekolah bantuan kerajaan

Sekolah Berprestsi Tinggi
Sekolah ini mempunyai watak, etos , identiti tersendiri dan unik dalam semua aspek pendidikan

Maktab Rendah Sains Mara
Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA.
Sekolah Berasrama Penuh Intergerasi
Sekolah ini adalah betujuan memberi peluang kepada pelajar menengah atas unutk memilih aliran pengajian yang diminati sama ada sains tulen, teknikal atau agama di dalam satu sekolah. manakala pelajar menengah rendah dikhendaki mengambil semua mata pelajaran teras termasuk Bahasa Arab Komunikasi. Para pelajar juga dikhendaki memilih mata pelajaran bahasa asing seperti Bahasa Mandrin, Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis.

Sekolah Seni
Sebuah institusi pendididkan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi bidang kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif

Sekolah Sukan
Sekolah ini bertujuan untuk mengumpul semua atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang suka dan akademik mereka dapat dipupuk serta ditingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi dan guru akademik yang dipilih

Sekolah Amanah .
Sekolah ' separa korporat . akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secra langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sama ada menengah atau rendah dibawah inisiatif sekolah amanah .

Sekolah Pendidikan Khas .
Sekolah pendidikan khas ditubuhkan untuk murid yang bermasalah pendengaran dan penglihatan . Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembekajaran secara pengasingan dan separa inklusif .
Sekolah Transformasi.
Program sekolah transformsi ini meupakan replika sekolah amanah yang dijalankan oleh syarikat yayasan amanah . Salah satu objektif sekolah transformasi ialah mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik sekolah amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah .
DISEDIAKAN OLEH : ADRIANA AFIQAH BINTI HUZAILIZAN
30DIB19F1026
No comments:
Post a Comment