Assalamuailaikum , hari ini group saya telah belajar bab 2 iaitu Perlembagaan Malaysia . Saya Adriana telah ditugaskan pada minggu yang ke-4 untuk update blog tentang bab 2 .
BAB 2: PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara. Perlembagaan bentuk bertulis merupakan prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu dokumen manakala tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen.
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara iaitu :
1) Dengan mendapat sokongan majoriti biasa .
2)Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa dalam bacaan kedua dan ketiga dikedua -dua Majlis Dewan .
3)Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-Raja .
4)Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua Parlimen serta persetujuan Yang Dipertuan Negeri Sabah atau Sarawak .
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1957. Kemudian, diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang tertinggi serta menjadi rujukan pentadbiran negara. Ia digubal berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 bahagian dengan 181 perkara kemudian pada tahun 1984, telah menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, Kini, Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas YDPA, parlimen, Kabinet, badan kehakiman, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan agama islam, kedudukan istimewa orang melayu, kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak, Perkhidmatan awam, hak asasi dan pilihan raya.
Pada Mac 1956, Satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu Suruhanjaya Reid.Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dari negara komenwel Sir Ivor Jennings (ahli akademik dari Britain), Sir William Mckell (ahli politik dari Australia) Tuan B.S Malik (Ketua HakimMahkamah Tinggi India), dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan) Anggota Suruhanjaya Reid telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.
Tanggungjawab yang dilaksanakan:
- Memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu.
- Mengambil kira kedudukan Raja Melayu.
- Syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen .
- Mempunyai 2 dewan perundangan dengan peruntukan.
DISEDIAKAN OLEH : ADRIANA AFIQAH BINTI HUZAILIZAN 30DIB19F1026
No comments:
Post a Comment