TUGASAN MINGGU KE-7:RINGKASAN MAJLIS GERAKAN NEGARA(MAGERAN)
Pada tahun 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. MAGERAN ini ditubuhkan bertujuan untuk menanganin permasalahan yang timbul ekoran tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahlinya yang terdiri daripada Tun Dr.Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd Jewa, Tan Sri Mohd Salleh, Leftanan Dato' Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC. Pada dasarnya fungi MAGERAN ini adalah untuk mengawal ketenteraman, memastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan telah ditubuhkan pada tahun 1970. Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya adalah Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat. Sesungguhnya MAGERAN telah menyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dalam kalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.
DISEDIASKAN OLEH: NUR SYAHIRAH BINTI SELAMAT(30DIB19F1015)
DISEDIASKAN OLEH: NUR SYAHIRAH BINTI SELAMAT(30DIB19F1015)
No comments:
Post a Comment